Ada sekali tu, sebagai seorang hamba sistem ciptaan barat, gua pergi ke bank atas urusan pengeluaran wang.
Sebagai orang Asia yang Melayu, gua dengan sabar dan tenang beratur menunggu giliran sambil mempersoalkan kenapa brader-brader depan gua tak keluarkan kad bank awal-awal. Dah sampai giliran baru nak terhegeh-hegeh cari kad. Tu tak campur dengan silap bawa keluar kad pengenalan, lesen, kad takaful dan segala jenis kad.
Tiba-tiba bahu gua dicuit. Dalam fikiran gua dah bersedia nak buat isyarat 'gua takda duit, lu nak duit minta pada orang lain' kalau orang yang cuit bahu gua tu seorang peminta sedekah. Bukan main maju lagi kalau peminta sedekah sudah pandai minta sedekah dalam bank. Biasanya di kaki-kaki lima sahaja.
Sekilas pandang, gua tengok siapa yang cuit bahu gua tadi. Ada seorang brader yang terkerenyih menampakkan gigi membuat isyarat tangan 'abang hensem, tolong saya masukkan duit dalam mesin, saya tak reti.' Daripada segi pemakaian, tak nampak seperti rakyat tempatan.
Dengan tenang dan bersahaja gua buat isyarat tangan kepada dia, 'lu rilek, bagi gua setel urusan gua dulu.' Dia redha.
Selesai urusan gua, gua terus mendapatkan brader tadi. Di tangannya tersedia satu beg plastik berisi wang. Gua memberi arahan kepada dia untuk menekan butang-butang di mesin.
Habis masuk duit, gua melangkah keluar dari pintu bank. Tiba-tiba bahu gua dicuit lagi. Gua pandang belakang. Ada brader tadi pegang kad sambil berkata, "Mau check baki.."
Gua masuk balik bank dengan sabar. Sebagai seorang yang peramah, memang itu tugas gua. Dia masukkan kad, dia bisik nombor pin pada gua secara perlahan. Ta ta ta! Jari gua laju menekan butang-butang.
Gua tengok baki pada skrin. RM35000. Gua tendang mesin. Lepas tu gua tendang brader tadi sampai pengsan.
Gua keluar dari bank dengan senyum nipis.
Tak Tentu Hala
Wednesday, 16 September 2015
Friday, 11 September 2015
Langkah Mulaan
Dulu gua ada sebuah blog. Di zaman blogspot masih 'hype' di mana gua sentiasa ada idea untuk merapu dengan catatan-catatan syok sendiri. Boleh tahan juga dia punya pergi.
Suatu hari yang dingin dalam tahun 2011, gua berhasrat untuk tutup blog tu. Tak sampai seminit, gua tutup. Sampai la ke hari ni.
Malam ini, 12 September 2015, ditemani kipas siling ber'level' 2, gua rasa terpanggil untuk kembali menulis.
Entah siapa nak baca gua pun tak pasti.
Suatu hari yang dingin dalam tahun 2011, gua berhasrat untuk tutup blog tu. Tak sampai seminit, gua tutup. Sampai la ke hari ni.
Malam ini, 12 September 2015, ditemani kipas siling ber'level' 2, gua rasa terpanggil untuk kembali menulis.
Entah siapa nak baca gua pun tak pasti.
Subscribe to:
Comments (Atom)